//Celoteh Hawa Ramly
D'OWNER!

~Hey you! Touch The Picture~



Assalamualaikum and Hello!Welcome to my blog,i dont wanna be hypocrite,i'll write whatever i want either in malay or english, depends on my mood :).




Back to past



Credits!

Basecode: Nurul AtiQah
Template: Intan Aqilah
Edited By: Your Name
Others:   


Nikmatnya :)

Tips terbaik untuk mencapai kepuasan tidur yang maksimum.
'kita jangan menidurkan diri, tapi biar Allah yang tidurkan kita'
haaa, macam mana tu kan? :)
jangan fikir pepanjang, senang je cara dia.
Gini haaaa,

contoh menidurkan diri.
dah mengantuk?, ok now pergi ambik wuduk make sure dah solat Isya' kalau tak lagi, solat dulu. Then basuh kaki, lepas tu buat stunt baring atas katil,
peluk teddy bear atau bantal peluk atau peluk laa roomate korang sebelah pon boleh,
 :P and buat-buat pejam mata.
lepas tu berangan, kan?
'esok kat dalam kelas nak tengok *crush* laaa *gelak gatai* , lunch nak makan nasi and ayam masak merah belakang kolej tu, balik online FB chat dengan 'crush' *gelakgatai lagi*  
'macam mana laa kalau aku kahwen degn si crush? bestnyaaa, indahnyaaa. ermm..'
'dia nak ke kahwin dengan aku? mestilah nak kan, kalau dah jodoh tak ke mana. hikhik' 


haa, sapa dok suka buat lagu tuu? AKU, HANG DAN HANG laaa. :P

tapi, 


bila Allah tidurkan kita,
bila kita dah rasa mengantuk, dah solat menapak masuk bilik,
ambil wudhu, buat stunt naik katil sambil baca selawat 3 kali,
tepuk2 bantal, then baring, lepas tu start laa baca 3 Qul, baca doa tidur, baca ayat kursi, mengucap dua kalimah syahadah, bagi salam dekat mama & abah, (haaa, sapa suka buat mcm ni masa kecik2 dulu? :P)

kita jangan tutup mata, buat-buat tidur,
tapi kita guna time ni, untuk ingat Allah,

nak berangan pun boleh, tapi tak boleh la berangan macam kat atas tu haa, kita tukar naa?
kita  sebut nama Allah/ muhasabah diri lagi bagus.
'Ya Allah, lambatnya aku solat asar hari ni, maafkan aku Ya Allah' 
'Allah, kenapa aku ni asyik dok ingat kat dia,
Ya Allah, jauhkan aku dengan perasaan cinta yang tidak halal buatku,
 jangan kau lebihkan perasaan rindu ini melebihi perasaan rindu aku padaMu, Ya Allah, ' 
apa-apa sahaja yang kita nak,
kita sebut, kita mohon dengan Allah.

sentiasa ingat Allah.
sampai Allah tidurkan kita.

even kita tidur baru 3 jam pun,
kita tetap akan rasa dah cukup untuk kita.

InsyaAllah,
perasaan yang kita rasa bila bangun tidur,
pasti akan terasa lain.
terasa jauh lebih segar.
terasa jauh lebih senang untuk bangun solat Subuh.
terasa jauh lebih dekat dengan Allah, InsyaAllah.

sebab kita telah sandarkan segalanya kepada Dia, Pencipta kita.
Hanya Dia yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita,
Yakin dengan Allah.

InsyaAllah.


Haa, ni aku tempek sikit apa yang aku cari dekat Saudara Google :)

*Imam as-Syafie sangat mengutamakan pengetahuan dan disiplin. Beliau   
membahagikan waktu malamnya kepada tiga bahagian: 
         i.1/3 malam untuk berehat. 
         ii.1/3 malam untuk menulis ilmu pengetahuan. 
        iii.1/3 malam untuk beribadat.

tapi kita? kalau satu malam digunakan untuk berehat pon still tak cukup kan? MashaAllah. :)


#Renung-renungkan dan selamat beramal. :)