D'OWNER! ![]() Assalamualaikum and Hello!Welcome to my blog,i dont wanna be hypocrite,i'll write whatever i want either in malay or english, depends on my mood :). Back to past Credits!
| Parking Sisi Yang Dibenci
Epic fail kalau nak suruh aku parking keta cun macam ni.
Kalau nak jugak mcm ni, sila tunggu 15 minit maybe?
Kecewa rasa di jiwa tiap kali nak try parking sisi.
Park Ji Sung betol!
Kalau ikutkan hati nak ja beli kereta kontot mcm ni.
Kan senang, kalau kereta kontot mcm kat atas ni haa. Tak payah nak pusing cari parking lain. Sobs. Tak payah putih mata bila tengok ada parking sisi yang kosong tapi tak berani nak parking. So sad! Especially bila jalan sempit, banyak pulak kereta kat belakang, memang idok la haa nak park masuk situ. Mau nya kena hon bertalu-talu kang sebab lambat.
"Woi amenda nya lembab sangat nak parking ni. Siput beranak lapan belas lagi laju speed dia!"
Sentap.
Terus mengalir ayaq mata dan ayaq hidung, lalu tekan minyak mencariparking yang lain. Tacing sungguh hatiku.
There was this one day i was with the kids, Mimi and Alya.
Kitaorang ada kat kampung, and tetiba Alya merengek nak pergi kedai.
And semestinya aku takkan mengatur langkah ke kedai yang agak jauh tu haa.
So terpaksa ambik kunci kereta and campak dua orang budak ni dalam kereta.
Biasalah kampung kan, tapi rumah Mak Yang not la so kampung. :P Kawasan taman, tapi kedainya ya ampun, agak jauh and kawasan tepi tepi tu memang sempit full of cars. -.- memang tak la aku pulak nak keluar masuk kedai and tinggal dua budak tu dalam kereta sat and BIG NO aku nak biarkan dua budak tu keluar masuk kedai tu eventhough Mimi tu dah besaq and she know how to take care of Alya. Sekarang memacam jadi, kalau tetiba depa dua kena culik ka apa ka, tak ka aku kena cincang dengan mak bapak depa termasuk mama abah aku. Ok MATI.
Pusing punya pusing, (macam lah kat shopping complex plak kan) ternampak lah satu parking sisi, and dengan kompidennya aku terus masuk tanpa ragu-ragu . Lepas tu entah macam mana tetiba ..
STUCK. ok well done Hawa. -.-'
I was trying to get out of that situation and nak lari cari parking lain, tapi keta macam dah melekat kat situ. Gelabah gila kot. And starting to countdown untuk kereta kat belakang nak tekan hon.
Pusing stereng 360 degree takleh keluaq jugak. Tekan minyak nak try parking, bontot kereta halang kereta belakang nak lalu. Tetiba rasa macam nak potong bontot kereta tu sat. Kacau sungguh!
Im not quite sure how to explain this situation. Berpeluh punya gelabah and budak dua orang ni siap gelakkan. Hampeh betol bukan nak jadi cheerleader ke support kakak masuk parking.
Dalam keadaan huru-hara macam tu, tiba-tiba ....
Seorang pak cik dengan ganasnya ketuk cermin kereta suruh aku keluaq. "Amboi pakcik ketuk la slow-slow tahu lah tangan awak tu besaq." Ok, hanya monolog dalaman. Pastu dengan panik tak boleh nak pikiaq, terus aku keluaq. So here is the problem..
Mimi & Alya. Still. Ada. Kat. Dalam. Kereta!
Mimi dah gelabah ya la tetiba ada orang lelaki masuk.
" Kak We!! Tolong! Sapa yg drive ni! Keluaqkan Mimi cepat! Tolong!"
"Acu!! Tolong! Ada orang nak culik Ayaaa!!"
Dedua budak dalam kereta dah pandang aku dua tiga macam dengan muka sememeh. Mungkin depa pikiaq aku nak jual depa kot. Eh. oktipu. Aku pulak get ready siap-siap nak lari menjerit kalau pakcik tu buat apa-apa kan. Oh hello, aku ni jaguh lari pecut ok kat sekolah dulu. Ok DULU. Repeat again DULU.
Okay fine la pak cik tu sebenaqnya baik hati nak tolong aku parking kan kereta. Sobs. Terharu aii. Tapi serious cara dia bagi arahan tegas suruh keluar dari kereta and took over the car tu buat aku kecut perut and muka dia yang garang tak menahan tu.
Cuma ada dua kemungkinan ya kanak-kanak di sini, beliau seorang askar pencen yang garang ataupun beliau dah hilang sabaq sebab aku lambat sikit nak park kereta. -.-' Maaf lah pak cik. Chill chill dah la.
Okay jangan salahkan aku naa. Aku passed my driving test, parking test, semua jenis test la.
But let me tell you this.
Parking sisi yang diajar di sekolah memandu itu TIDAK VALID. Repeat again TIDAK VALID!
Sebab in real life, mana ada tiang dua ploh batang terpacak setia tu haa sebagai reference. Nehi nehi nehi!
Amboi real life pulak macam lah kat sekolah memandu tu hang hidup dalam vampire life. Oh Edward Cullen. Ok stop it Hawa.
In real life ada ka tiang banyak-banyak gini kat tempat parking? Ada?
If yes, tell me where is it? Tadak kan kan? Sebatang pon tadak kan?
Dah tu macam mana aku nak parking!
Eh tetiba plak emo.
Blame the sekolah memandu guys. Please? Bukan salahku seratus percent cintakuu~ hey hey hey hanya untukmu. Nahhh sekali Mas Idayu aku bagi hang.
Sejak dari peristiwa itu, aku Hawa Ramly sudah trauma tahap supersaiya kameyameya.
Maka kepada anda di luar sana ya. Ya anda. Iyaaa, anda yang tengah baca ni haa, *ada ka orang yg baca?*
jikalau ternampak aku tengah terkial-kial parking, tolonglah pegang sepanduk dan bagi kata semangat. Takpun tolong lah beli batang penyapu ka batang mop ka pastu pacak sekeliling tempat parking macam kat sekolah memandu tu. hehe.Nak pacak diri sendiri pun boleh aku tak kisah. Tapi insyaAllah la aku lenyek sikit kaki tu haa. Aloh, ibu jari secuit je haa rakkan nak berkigha? :)
Apa pun terima kasih kepada pak cik yang baik hati tolong saya parking jasamu ibarat lilin menerangi kawasan parking rela membakar diri memberikan cahaya terang ibarat sang suria yang bermuka baby dalam cerita teletubbies. :)
Pak cik askar pencen! Jasamu ku kenang.
Sekian.
love, Hawa.
|